MyCartopia.com Click here to get one

Sunday 1 June 2008

SIRI TARBIAH 1 - MUHASABAH PERJUANGAN

MUHASABAH PERJUANGAN

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآَخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ (38) إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (39)3

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaaan kamun itu salah) kerana kesenangan hidup ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.Jika kamu tidak keluar beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agama-Nya, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memudharatkan Allah sedikit pun. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( At-Taubah:38-39)


PERASAAN PERLU KEPADA ALLAH


Bila kita memahami dan menghayati bahawa Allah ada orang lain yang akan dipilih untuk memperjuangkan Islam ini, seandainya kita tidak mahu berjuang, terasa kuatlah hati dan perasaan kita menggantungkan segala pengharapan kita, agar kita terus dipilih oleh-Nya. Perasaan bergantung kepada Allah ini akan melenyapkan semangat dan kecintaan kita kepada dunia, cinta kepada kedudukan dan nama, mendambakan perhatian manusia kepada kita dan sebagainya lagi. Sesungguhnya kita amat mengimani, bahawa kita tidak dapat memastikan usia kita akan kekal lama seperti yang kita harapkan. Kita bakal mati bila sudah tiba waktu dan masanya. Perasaan bergantung kepada Allah ini, akan mencetuskan di dalam diri kita hanya ‘mahu kepada Allah’,dan mendorong kita untuk terus berkerja, berkhidmat dan berbakti kepada Allah, di jalan yang mulia ini.


AWASI PERMASALAHAN FUTUR


Perjuangan Islam yang sedang kita gerakan ke arah kemenangannya ini amat memerlukan kita sentiasa berkomitmen dengan program-program jamaah. Marhalah jihad yang kita patut berada dewasa ini, selaku kepimpinan tinggi jamaah ialah jihad yang sentiasa berterusan, tidak mengenal erti lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya.

Adalah suatu yang pelik, seorang muslim yang sudah merasai kemanisan iman dan memahami Islam yang sebenarnya, tetapi sanggup lari daripada medan amal ke arah memenangkan Islam. Seorang yang memahami hakikat Islam yang sebenarnya, tidak dapat hidup tanpa Islam yang diperjuangkannya. Seorang yang jelas fikrahnya mengenai Islam, akan sentiasa mencari-cari ruang dan kesempatan untuk menyuburkan iman dan semangatnya untuk menyemarakkan kerjanya di dalam perjuangan, di samping memperbetulkan kesalahan dan kesilapannya di sepanjang kehidupannya di dalam perjuangan.

Seorang yang menghadapi permasalahan ini futur, akan merasa jemu dan tidak bersemangat untuk menghadiri program-program jamaah. Seorang yang berada di dalam reality ini akan berada di antara dua persimpangan. Sama ada akan terus tenggelam dalam reality terus future dan terpengaruh dengan suasana persekitarannya sehingga terus tidak menghadiri program atau ia diselamatkan oleh Allah melalui sebab-sebab yang dikehendaki oleh Allah seperti diperingatkan dan ditazkirahkan oleh sahabat seperjuangan dan sebagainya.

PERMASALAHAN KELESUAN KINI

Krisis kelesuan yang melanda sesebuah gerakan adalah berpunca daripada petugas-petugasnya yang lesu, lemah dan tidak bersemangat, serta tidak bertenaga untuk menggerakkan kerja, sehingga terkadang petugas-petugas gerakan terus jatuh, bahkan terus meninggalkan kerja-kerja perjuangan.

Kelesuan jamaah adalah berpunca daripada:

i) Sebab yang melibatkan jamaah

ii) Sebab yang melibatkan individu

i) Sebab Yang Melibatkan Jamaah

a- Lemahnya di sudut tarbiyyah

Berkata al-Ustaz Fathi Yakan :

Sudut tarbiyyah terkadang diletakkan di dalam sudut yang cukup terbatas, sedangkan sudut-sudut lain di dalam jamaah seperti sudut pengurusan jamaah (pejabat), tanzim dan siasah diberi perhatian yang cukup serius. Gerakan yang lemah kemampuannya di dalam mentarbiah akan mengakibatkan kesannya kembali kepada gerakan itu sendiri. Kecergasan tarbiah hendaklah terus berjalan dan tidak terputus sekalipun di dalam waktu yang cukup kritikal dan keadaan yang genting. Mengikat anggota jamaah hendaklah di atas ‘hubungan dengan Allah dan Islam’. Harakah dan tanzim hanyalah sebagai wasilah, ia bukan matlamat.

b-Tidak meletakkan individu tertentu sesuai ditempatnya

Ia adalah di antara factor yang akan melemahkan sesebuah harakah dan dikira faktor yang sangat membahayakan jamaah. Sesungguhnya kejayaan sesebuah harakah pada menugaskan anggota dan petugasnya dan diletakkan pada tempatnya yang sesuai adalah permulaan kepada kejayaan dan peningkatan mutu jamaah. Harakah Islamiyyah terkadang tidak kurang dan kaya dengan tenaga dan perugasnya. Namun, apabila tenaga-tenaga itu tidak digarapkan sepenuhnya atau tidak diletakkan di tempat yang tidak sesuai, maka jamaah sekali lagi akan tersasar dalam menuju matlamatnya.

c- Tidak membuat ‘follow up’ terhadap pertugas

Ini juga adalah factor yang akan membawa jamaah kepada krisis kelesuannya. ‘Follow up’ yang kita maksudkan ialah yang dibuat dalam bentuk :

- Tanzim (organisasi)

- Ukhuwwah

ii) Sebab Yang melibatkan Individu

Sebahagian sebab yang berpunca daripada individu ialah :

a) Tabiat tidak berdisiplin

b) Permasalahan yang berpunca daripada sumber makanan dan mata pencarian

c) Bersikap meringan-ringankan kerja jamaah

RENUNGAN TERHADAP SURAH AL-ASR

Mempraktikkan pengajaran daripada surah al-Asr, khususnya terhadap penjagaan masa, seringkali diabaikan oleh sesetengah anggota jamaah. Adalah lebih malang, apabila penjagan masa itu seringkali diabaikan oleh pemegang-pemegang amanah penting di dalam jamaah. Tiada gunanya apabila surah yang seringkali dibaca oleh kita pada setiap kali kita menamatkan majlis itu, terus kita baca, tetapi untuk kita tidak mempraktikkan pengajarannya.

PENUTUP

Semoga jamaah yang sedang kita gerakkan menuju ke gerbang jaya ini akan terus dilimpahi kebasemakin rakahannya, demi bangun satu kekuatan baru, pada suatu era yang ummah sangat mendambakan cahaya penyelamat bagi melepaskan mereka dari kezaliman yang sudah semakin serakah mencengkam kebebasan dan hak yang hilang.


No comments: