MyCartopia.com Click here to get one

Thursday 29 May 2008

Hadis Tanda-Tanda Qiamat : Siri 1

Matahari Terbit Dari Barat

Petikan Hadis Dari Sunan At-Tarmizi
Huraian Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhd Asri Hj. Ramli


عن أبي ذَرٍّ قَالَ : دَخَلْتُ المَسْجِدَ حِيْنَ غَابَتِ الشَّمْسُ وَالنَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَقَالَ : "يَا أبَا ذَرٍّ أَتَدْرِي أَيْنَ تَذهَبُ هَذِهِ؟ قَالَ : قُلْتُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهَا تَذْهَبُ تَسْتَأذِنُ فىِ السُّجُودِ فَيُؤْذَنُ لهاَ وَكَأنّهَا قَدْ قِيْلَ لَهَا اطْلِعِى مِنْ حَيثُ جِئْتِ، فَتَطْلَع مِن مَغْرِبِهَا. قَالَ: "ثُمَّ قَرَأَ وَذَلِكَ مُستَقَرٌّ لهَاَ. قَالَ : وَذَلِكَ قِرَأَةُ عَبْدِ الله بنْ مَسْعُود.
حسن صحيح

Terjemahan: Dari Abi Dzar katanya: Aku telah masuk ke masjid ketika waktu tenggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam sedang duduk, maka baginda pun bersabda: “Wahai Abi Dzar, tahukah kamu kemana perginya (matahari) ini?” Katanya : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Maka Sabda Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam : “Sesungguhnya ia pergi meminta izin kepada tuhannya untuk bersujud, maka Allah mengizinkannya. Dan sesungguhnya seolah-olahnya dikatakan kepadanya “Terbitlah kamu dari arah mana kamu datang”. Maka ia pun ia terbit dari sebelah baratnya. Ia berkata: Kemudian Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam membacakan (sepotong ayat) : وَذَلِكَ مُسْتَقَرٌّ لَهَا
Dan demikianlah tempat tetap baginya. Ia berkata demikianlah bacaan Abdullah Ibnu Mas’uud.

Keterangan.

1. Setiap hari matahari memohon kepada Allah agar dapat bersujud kepadaNya, dan Allah mengarahkan agar matahari tersebut pulang kembali ke timur hingga sampai kembali kepada baratnya. Lalu matahari memohon agar dapat bersujud lagi. Maka Allah mengizinkannya dan mengarahkan agar beredar ke timur. Demikianlah setiap hari sehingga kelihatan di bumi ini dipenuhi dengan kemaksiatan, serta mereka tidak mempedulikan ajaran dan nasihat. Atau sudah tiada lagi yang memberikan peringatan dan nasihat serta manusia sudah tidak mengambil berat lagi hukum-hukum Allah dan RasulNya lagi, Maka matahari memohon kepada Allah agar ia terus bersujud dan tidak kembali lagi ke dunia ini, maka Allah mengizinkan ia bersujud di bawah ‘Arasy selama beberapa malam.
.
2. Kata ‘Ulama: setelah matahari tetap bersujud kepada Allah selama 3 hari di bawah ‘Arasy, maka malam menjadi sangat panjang. Dan keadaan itu tidak disedari melainkan mereka yang bangun bertahajud di tengah malam serta mengamalkan zikir dan aurad (amalan-amalan zikir), serta mereka melaziminya setiap malam. Sehingga pada malam tersebut, mereka yang telah selesai menjalani ibadah malam mendapati bahawa fajar tetap tidak terbit. Lantas mereka kembali menyambung ibadah mereka dan setelah selesai seperti biasa mereka keluar melihat keadaan langit dan bintang dan keadaannya tetap sama. Lantas mereka yakin bahawa ini adalah alamat kiamat, maka mereka saling mengkhabarkan kepada sesama mereka sehingga semua manusia berkumpul di masjid menangis dan memohon pertolongan Allah.
.
3. Setelah cukup 3 hari itu maka matahari pun terbit, namun Allah mengarahkan agar ia terbit dari arah barat. Maka semua manusia mengetahui bahawa itu adalah alamat kiamat. Lantas menangislah semua ahli langit dan bumi. Dan ketika itu berseru suara dari langit “bukankah matahari itu terbit dari barat?” maka manusia seluruhnya menangis serta dengan rendah diri memandang ke langit. Mereka melihat cahaya matahari dan bulan sangat berbeza, tidak seperti biasa. Sesungguhnya tidak berguna lagi menangis pada hari tersebut.


TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH : PASCA PRU KE-12

MUQADDIMAH :

Tarbiah tidak dapat dipisahkan dalam sejarah Dinul-Islam dan kebangkitan kejayaan gerakan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan, pendidikan dan pembentukan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Akan tetapi, Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan, ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

TARBIAH : ELEMEN & KEPENTINGANNYA :

Seringkali terlafaz di bibir oleh setiap ahli pendokong gerakan Islam perkatan “TARBIAH”. Persoalannya: apakah kita memahami ataupun sekurang-kurangnya kita mengenali apa itu “TARBIAH” di dalam konteks harakah islamiyyah..????? Apakah kepentinganya pula..???? Marilah kita sama-sama: tepuk dada,Tanya iman & ilmu kita…

Elemen atau rukun bagi TARBIAH ialah :

1) Rabbaniah :
Mestilah bersumberkan dengan sumber wahyu ketuhanan dan juga berdasarkan kaedah-kaedah yang dibenarkan syara’.

2) Syumul :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah Takamul tersebut adalah menyeluruh dan saling menyempurnakan dengan memenuhi matlamat fitrah ISLAM sebagai Ad-Din, meraikan fitrah kemanusiaan dan bertepatan dengan senario keperluan dan tuntutan
semasa gerakan Islam.

3) Bina’ :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah
Ijabiyyah tersebut berlakunya proses pemeringkatan individu Muslim yang
ditarbiah dan jemaah tersebut secara positif dan efektif ke arah
pembentukan matlamat ”soleh & muslih”.

4) Ukhuwwah :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah
Jamaah tersebut yang dibuat membentuk semangat persaudaraan dan
kekitaan secara kolektif di kalangan ahli gerakan Islam tersebut.

Setelah kita menyelami elemen tarbiah, marilah kita mentadabbur( menghayati) kepentingan tarbiah kepada setiap ahli gerakan Islam dalam analogi ini: TARBIAH adalah seperti bahan bakar enjin kenderaan bagi individu Muslim Haraki yang akan melaksanakan Amal Islami: samada gerak kerja dakwah, politik(siasah), ekonomi, kebajikan, dan lain-lain lagi. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan Amal Islami seseorang individu tersebut; tidak bertahan lama dan akan berhenti/mati pada bila-bila masa sahaja.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH DI ERA PASCA P/RAYA UMUM KE-12

Pada pandangan dan pemerhatian secara peribadi, TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH mestilah diperkasakan perlaksanaannya dengan mengekalkan asasnya tetapi dianjalkan perlaksanaannya dengan senario kini.

1) Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal serta seterusnya mencapai kejayaan ISLAM & gerakan Islam pada masa akan datang nanti. Melalui tarbiahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH yang mempunyai manhaj dan matlamat yang lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya serta bertetapatan dengan waqi’(keadaan dan tempat semasa) yang mampu mencapai kejaayaan ini.

2) Aktiviti TARBIAH RUHIYYAH / IMANIYYAH mestilah dilaksanakan secara lebih sistematik dan formalti/rasmi serta meluas terutamanya di negeri-negeri yang diberikan mandat oleh Pakatan Rakyat. Ini disebabkan menurut Al-Syeikh Mustafa Masyhur bahawa tarbiyah ini adalah bertujuan bagi pembersihan jiwa yang diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikian itulah bagi manusia apatah lagi kepada ahli pendokong gerakan Islam. lman yang berada dalam iiwa manusia ibarat roh yang sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

3) Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqah, usrah yang dijadikan sebagai entiti Unit Skuad Kerja Rakyat, pengajian ilmu yang meluas dan fleksibiliti seperti forum perdana, seminar/wacana ummah berkebajikan, diskusi/dialog rakyat, kolokium/jambori perdana; yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan rijal haraki yang soleh & muslih.

PENUTUP :

Besarlah harapan generasi Islam dan umat manusia di masa kini bagi menjadikan Dinul Islam sebagai satu alternatif mutlak penyelesaian kepada masalah manusia dan dunia di era millennium ini dengan berteraskan kepada keimanan dan kenyakinan yang jitu kepada Islam, bukannya disebabkan kegagalan system-sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap, pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses melalui TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH yang bersumberkan kepada sumber-sumber rabbani yang dibenarkan syara’ serta selari dengan tuntutan semasa kini. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses tarbiah ini. Malah, tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan mahupun ahsilnya tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu ahli gerakan Islam yang mendabik dadanya dan melafazkan katanya: ”Aku adalah pendokong Islam”. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap Muslim bahawa masa depan kelak adalah milik ISLAM.