MyCartopia.com Click here to get one

Tuesday, 24 February 2009

Siri Tarbiyah 13

Siri Tarbiyah 13

TAKUT KEPADA ALLAH

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT ( Yang Bermaksud);

Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janji mereka, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memerangi mereka) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintah-Nya), jika betul kamu orang-orang yang beriman? Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 13-15)

Ayat ini memberi satu penegasan terhadap perintah memerangi golongan musyrikin yang telah membatalkan perjanjian dengan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Penegasan yang keras ini bertitik tolak daripada tiga sebab;

Pertama; Sebab mereka membatalkan perjanjian. Menurut Ibnu Abbas RA; ayat ini diturunkan terhadap golongan kuffar Makkah yang telah membatalkan perjanjian mereka dengan Rasulullah dan golongan muslimin selepas peristiwa Hudaibiyah. Golongan kuffar Makkah ini telah membantu Bani Bakr memerangi Bani Khuza’ah (sekutu Rasulullah di Madinah). Ayat ini menjadi dalil bahawa memerangi golongan kafir yang membatalkan perjanjian itu adalah lebih utama daripada memerangi golongan kafir yang lainnya.

Kedua; Mereka berusaha mengeluarkan Rasulullah SAW dari Makkah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu, mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal:30)

Ketiga: Mereka yang terlebih dahulu memulakan peperangan. Iaitu merekalah yang terlebih dahulu memerangi golongan beriman di dalam perang Badar. Begitu juga peperangan Uhud dan Khandak, juga dimulai oleh golongan Musyrikin.

HANYA ALLAH BERHAK DITAKUTI

Dalam perjuangan, takut kepada kekuatan musuh adalah amat tercela. Walau seberapa hebat perancangan dan perencanaan yang diatur oleh musuh-musuh Islam, gentar terhadap ancaman dan kekuatan musuh tidak wajar ada dalam jiwa dan sanubari para pejuang Islam. Di dalam perjuangan hanya yang layak ditakuti oleh para pejuangnya hanyalah Allah SWT yang memiliki kekuasaan yang hakiki, yang hanya di tangan-Nya segala mudharat dan manfaat. Di dalam ayat ini, memberi kita suatu kefahaman bahawa seorang mukmin yang takut kepada Allah akan menjadi seorang yang paling berani dan tidak gentar di medan perjuangan.

HATI YANG TAKUT KEPADA ALLAH

Rasa takut kepada Allah hanya akan timbul daripada hati yang paling baik. Hati yang paling baik ialah hati yang paling suci, paling kuat dan paling lembut. Untuk itu melakukan pengislahan hati ialah suatu kewajipan bagi seorang mujahid di medan perjuangan. Justeru bantuan Allah kepada para pejuangnya hanya akan datang setelah hati mereka telah layak untuk dipandang oleh-Nya. Sabda Rasulullah SAW:

إن الله لا ينظر إلى صوركم و أعمالكم وإنما ينظر إلى قلوبكم ونياتكم- رواه مسلم

Maksudnya;

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan amalan kamu, hanyasanya Ia melihat kepada hati dan niat kamu. ( Hadis diriwayatkan oleh Muslim)


AWAS TERHADAP HATI YANG KERAS DAN LALAI

Hati yang keras ialah hati yang tidak terkesan dengan tazkirah dan peringatan, tidak terasa tersentuh ketika diperingatkan tentang mati, segala janji Allah dan hari akhirat. Sabda Nabi SAW;

من الشقاء أربع : قسوة القلب, وجمود العين , والحرص وطول الأمل-رواه البزار

Maksudnya;

Alamat celaka itu empat perkara; hati yang keras, mata yang tidak mampu menangis, haloba terhadap dunia dan panjang angan-angan. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar)

Sementara hati yang lalai pula ialah hati yang tidak pernah tersedar apabila datang peringatan daripada Allah. Segala bentuk peringatan daripada Allah tidak pernah diendahkannya oleh sebab terlalu lalainya ia dengan kemewahan dunia dan belaian hawa nafsunya. Allah SWT telah memperingatkan kita melalui firman-Nya;

Maksudnya;

Dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Al-Kahfi:28
)

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Menangis kerana takut kepada Allah adalah tanda atau alamat seseorang memiliki hati yang lembut dan khusyuk. Hal ini dipuji oleh Allah seperti firman-Nya;

Maksudnya;

Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. ( Maryam’:58)

Firman-Nya lagi;

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. ( Al-Isra’:109)

Justeru itu, berusaha untuk memiliki hati yang lembut dan mampu menangis adalah suatu agenda yang wajar diwacanakan di dalam saf mujahid di dalam apa jua medan, siasah atau medan pertempuran. Sejarah telah menjadi saksi bagaimana golongan mujahidin yang terdahulu telah mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah setelah mereka hidup di dalam reality ini. Sesungguhnya musuh-musuh Islam, di dalam apa pun namanya medan dan reality pertarungan, musuh tidak pernah ada perasaan kasihan belas terhadap kita. Di dalam kotak pemikiran mereka hanya ada satu focus, iaitu membelasah dan menghancurkan kita sehancur-hancurnya. Bala tentera dan kekuatan mereka jauh melebihi kita beribu kali ganda. Tanpa kekuatan hati yang hanya ada perasaan takut kepada Allah, dan tidak takut kepada selain-Nya, sukar kita berhadapan dengan suasana yang sebegitu hebat dan mencabar itu.


REALITI DI MEDAN

Seperti yang selalu ditegaskan, di dalam medan perjuangan, kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi. Dan sesungguhnya di dalam diari perjuangan tiada istillah masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk kita bangun lebih hebat. Lihatlah para pejuang yang terdahulu bagaimana mereka berhadapan dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembasi menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian" Pencipta yang Maha Berkuasa, sebagai tanda ingatan-Nya. Lihatlah betapa mereka tabah dan thabat dalam perjuangan

Kata nista dan cerca maki adalah lumrah orang dalam perjuangan. Para Nabi dan Rasul terdahulu telah menerima tentangan yang sama, malah apa yang ditempuh oleh mereka jauh lebih dahsyat lagi. Apabila kita renungi, segala mehnah dan tribulasi ini, sebenarnya ia menjadi kayu pengukur terhadap kekuatan iman kita. Perkara ini telahpun dinyatakan Allah dalam firman-Nya; :
Maksudnya;
Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut:1-3)

PENUTUP

Oleh itu, jelas di sini bahawa pengakuan iman itu sendiri memerlukan pembuktian. Secara analoginya kita andaikan seorang mekanik kereta tidak akan dikira pandai membaiki kereta sekiranya dia tidak diuji dengan teknik sebenar membaiki sebuah kereta. Maknanya, untuk membuktikan dia ialah seorang mekanik dia perlu mencari kereta yang rosak untuk dibaiki. Jelas juga di sini, untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah s.w.t. kita perlu berjihad di jalan-Nya dalam semua bentuk jihad yang diperakui oleh Islam. Hal ini kerana “Jalan syurga dibentang dengan kesusahan manakala jalan neraka dibentang dengan syahwat.” syahwat.”Sesungguhnya kita wajar meneladani tokoh-tokoh Islam yang terdahulu. Kebanyakan mereka menerima ujian yang sangat berat seperti mana yang dihadapi oleh para sahabat dan tokoh perjuangan Islam sepanjang zaman. Cukup dengan sejarah mereka menjadi peniup semangat di dalam diri kita untuk menghancurkan toghut di abad ini. Cukup dengan membaca sejarah mereka dapat meniupkan semangat juang yang berkobar-kobar di dalam diri kita untuk berjihad di jalan Allah SWT. Oleh itu, marilah bersama kita berganding bahu, bersatu tenaga berjuang menegakkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allahu Akbar!!!






Wednesday, 24 December 2008

Pengumuman

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dimaklumkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Kedah; satu penyusunan baru terhadap naqib-naqib ke seluruh kawasan akan berkuat kuasa pada bulan Januari yang akan datang. Sebarang maklumat sila rujuk kepada Setiausaha Lajnah Tarbiyah DPPNK; Ustaz Mohd Hafiz Halim - 0194179388. Sekian dimaklumkan.

Tuesday, 23 December 2008

Siri Tarbiyah 12

Siri Tarbiyah 12

NEGARA ISLAM DAN AHLUL ZIMMAH

MUQADDIMAH


Firman Allah SWT, maksudnya;

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)." ( At-Taubah : 11-12

Orang-orang kafir musyrik yang telah mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah itu ialah sama ada :

Pertama- Bertaubat dan insaf dari kekufuran, perbuatan membatalkan perjanjian dan penentangan mereka terhadap Islam. Realiti ini berlaku dengan mereka menerima Islam sebagai anutan. Apabila mereka telah beriman dengan Allah SWT, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka bertukarlah mereka dari reality mereka sebagai musuh kepada hakikat mereka sebagai saudara kepada golongan muslimin.

Kedua- Diperangi selepas mereka membatalkan perjanjian yang telah dimertai. Di dalam ayat di atas, disebut ‘ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir’ adalah kerana merekalah yang menjadi tonggak kepada kekufuran, dan merekalah yang telah mengalakkan para pengikutnya untuk melakukan kebatilan.

Ayat ini menjadi dalil bahawa golongan kafir zimmi yang bernaung di bawah Negara Islam, apabila mereka menghina dan mencerca Islam, ia bererti mereka telah membatalkan perjanjian yang telah mereka metrai. Lalu, peperangan pun diisytiharkan ke atas mereka. Dari situ jelas bahawa peperangan di dalam Islam tidak ada tujuan keduniaan atau untuk menunjukkan keangkuhan dan kehebatan, jauh sekali bertujuan untuk membalas dendam, tetapi ia adalah bertujuan untuk memastikan laluan tetap terbuka untuk dakwah Islam itu tetap diterima oleh umat manusia.

Sehubungan dengan itu, lahirnya kafir zimmi adalah setelah tertegaknya daulah atau Negara Islam. Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi dan lainnya yang hidup dibawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang dilindungi"). Menurut pakatan ini, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awam zimmi telah dijamin dengan pulangan membayar ufti (jizyah) kepada negera Islam dan mengakui ketuanan Muslim. Secara sejarah, zimmi menikmati ukuran autonomi dibawah ketua keagamaan mereka, tetapi disubjek kepada batasan pengesahan, sosial dan keagamaan yang bertujuan untuk menekankan kelemahan mereka. Oleh kerana lahirnya kumpulan kafir yang diistilahkan dengan zimmi ini berkait rapat dengan negara Islam, memahami tentang Negara Islam adalah suatu keperluan yang tidak dapat disangkal lagi keperluannya.

TAKRIF NEGARA ISLAM

Kebanyakan pengkaji yang menulis tentang topik sekitar negara Islam sama ada sedar atau tidak sedar, pengistilahan negara Islam sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh fuqaha’ terdahulu. Kebanyakan dari kalangan mereka hanya menyebut ciri-ciri yang wajar wujud untuk sesebuah negara untuk dikenali sebagai negara Islam sahaja. Bagaimanapun ciri-ciri yang dikemukakan itu mirip menyerupai takrif/definisi. Sehingga menyebabkan ciri-ciri yang disebutkan oleh fuqaha’ mazhab itu telah disalah anggap sebagai takrif/definisi oleh pengkaji terkemudian.

Sememangnya tidak dinafikan terdapat perselisihan di dalam perbahasan mengenai ciri-ciri negara Islam. Ada di kalangan fuqaha’ yang menyebut bahawa sesebuah negara dikenali sebagai negara Islam dengan menggunakan sandaran kepada kekuasaan, pendudukan umat Islam, perlaksanaan hukum, keamanan berpihak kepada muslimin dan sebagainya. Di dalam kesempatan yang ada ini kita dapat memetik beberapa pendapat fuqaha’ terdahulu mengenai negara Islam bagi menjelaskan terdapatnya khilaf yang dinyatakan.

Al-Imam Abu Yusuf berkata: “Negara yang dikira negara Islam dengan terlaksananya hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakkan penduduknya adalah di kalangan orang-orang Kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu ‘kufr’ kerana berjalannya hukum kafir padanya walaupun kebanyakkan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Islam.”

Al-Imam As-Zarkhasi; menyebut: “Negara Islam adalah apa yang dinamakan pada suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada dalam keamanan.”

Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e: “ Tidak disyaratkan sesebuah negara Islam itu padanya umat-umat Islam, berpada dengan penguasaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam.”

Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali, “Setiap negara yang dikuasai hukum Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam, dan jikalau dikuasai hukum kafir, maka negara tersebut adalah negara ‘kufr’.”

Berkata Ibnu Hazm Az-Zahiri, “Sesuatu negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh, penguasa dan orang yang merajai negara tersebut.”

Walau bagaimanapun Ibnu Qayyim Al-Jauziah menukilkan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat berpendapat: negara Islam didefinasikan sebagai: “Sebuah kawasan (Negara) yang didiami dan dikuasai oleh umat Islam dan terlaksana padanya hukum-hukum Islam. Maka, negara yang tidak menjalankan hukum Islam tidak dinamakan negara Islam.”

Kesimpulan; Dapat difahami melalui takrif yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziah bahawa sesebuah negara Islam dikenali kerana padanya terdapat dua asas utama yang disebut sebagai “tertegak pemerintahan umat Islam, dan terlaksana hukum-hukum Islam.” Oleh itu negara yang tidak didiami oleh umat Islam sekalipun sekiranya terlaksana hukum-hukum Islam dan dikuasai umat Islam juga boleh dinamakan negara Islam.

Perbahasan Ulamak Muasarah:

Antara Ulamak dan cendiakawan Muasarah yang terlibat mendefinisikan negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-Ustaz Sayid Qutub Syeikh Abdul Qadir Audah, Al-Marhum Sheikh Abdul Wahab Khalaf, Dr. Wahbah Az-Zukhaily, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, Dr. Abdul Karim Zaidandan Dr. Muhammad Khair Haikal di dalam tesis PHDnya yang berjudul Al-Jihad Wal-Qital fi al-Siasah As-Syar’iyah


Kesimpulan;Takrif-takrif yang dikemukakan oleh para ulamak muasarah tidak jauh bezanya dengan ciri-ciri negara Islam yang disebut oleh para ulamak silam terdahulu. Ini kerana sebahagian mereka cenderung dengan apa yang dikemukakan oleh ulamak terdahulu sebagai ciri-ciri negara Islam untuk dijadikan takrif sesebuah negara Islam.

Melihat kepada beberapa takrif yang dikemukakan oleh ulamak muasarah tersebut bolehlah dibuat beberapa kesimpulan antaranya:

i. Negara Islam didefinisikan sebagai sebuah negara yang terlaksana padanya hukum-hukum Islam.
ii. Ditadbir oleh imam atau pemerintah Islam.
iii. Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.

Perkara (i) dan (ii) yang dinyatakan adalah titik pertemuan di antara pentakrifan yang dikemukakan ulamak muasarah dengan pencirian yang diberikan oleh ulamak terdahulu sedang perkara (iii) adalah titik perselisihan di mana sebahagian menyebut dan sebahagian yang lain tidak menyebut.

MUAMALAH ISLAMIYAH BERSAMA AHLUL ZIMMAH, MU’AHAD DAN HARB

Hukum bermuamalah dengan orang kafir:
1. Boleh melakukan urusan perdagangan dan sewa menyewa selama alat tukar, keuntungan dan barangnya dibolehkan oleh syari'at Islam.
2. Wakaf mereka selama itu pada hal-hal di mana wakaf terhadap kaum muslimin dibolehkan.
3. Muslim laki-laki boleh menikahi wanita ahli kitab (Yahudi maupun Nasrani).
4. Pinjam meminjam walaupun dengan menggadaikan barang.
5. Orang kafir boleh berdagang di negeri muslim asal dibolehkan secara syar'i dan 10 % keuntungan harus diserahkan untuk kepentingan umum kaum muslimin.
6. Jizyah bagi ahli kitab yang dalam perlindungan keamanan kaum muslimin.
7. Jika tidak sanggup bayar jizyah maka dibebaskan, jika miskin maka dibiayai dari Baitu Mal kaum muslimin.
8. Haram membolehkan mereka membangun rumah ibadah dalam Negara Islam, gereja yang sudah dibangunkan tidak boleh dihancurkan, tetapi bagi yang sudah runtuh tidak boleh dibangun kembali.
9. Hukum yang berlaku kepada mereka harus dihapus jika dalam agama mereka membolehkan.
10. Jika perbuatan itu haram dalam agama mereka lalu mereka melakukannya maka harus dihukum.
11. Orang Zimmi dan Mu'ahad tidak boleh diganggu selama mereka komitmen dengan perjanjian.
12. Hukum qisas atas nyawa dan juga berlaku bagi mereka.
13. Perjanjian damai dengan mereka atas permintaan mereka atau kita, selama mana itu ada maslahat umum bagi kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin sendiri cenderung ke arah itu. Namun perjanjian damai ini bersifat sementara dan tidak mutlak.
14. Darah, harta dan kehormatan kaum Zimmi dan Mu'ahid adalah haram.
15. Ahlul Harb (harus diperangi), tidak boleh memerangi mereka sebelum diberi peringatan dan mereka boleh dijadikan hamba, baik laki-laki atau wanita selama belum ada perjanjian damai.
16. Orang kafir yang tidak terlibat ( pendapat, perencanaan, diri) dalam memerangi kaum muslimin seperti anak-anak, wanita, rahib dalam rumah ibadahnya, orang tua, orang sakit dan seumpamanya tidak boleh diganggu dan diperangi.
17. Orang yang berlari menghindari perang, dengan mereka tidak boleh dibekali dan apa yang ditinggalkan menjadi rampasan perang.
18. Pemimpin kaum muslimin yang menyatakan sah dan benarnya kepemilikan (tanah) mereka. Namun mereka harus membayar pajak, tanah itu dinyatakan tanah wajib pajak. Jika tidak mahu membayar, harus diserahkan kapada kaum muslimin untuk dibangunkan di atasnya. Ini jika negeri mereka dibebaskan dengan perang, karena statusnya adalah harta rampasan perang.

MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM

Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hakam Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat, munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.

Hukum-hakam Allah yang berkait dengan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam. Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam. Melaksanakan perundangan, pemerintahan dan penghakiman negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.

Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihanraya untuk melantik pimpinan dan Kerajaan adalah wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah: “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN

Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang akan membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk pastikan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan (Amanah, Alim, Ahli, Adil) dan matlamat syariat seperti mana hadith Rasulullah SAW yang menyebut lafaz bai‘ah:

“Aku memberi bai‘ah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allah berikut;


Maksudnya: “Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT)”(Surah al Maidah: 55).

Arahan memilih pimpinan yang mukmin (beriman) adalah sebagaimana arahan Al Qur’an:

Maksudnya; “Barangsiapa yang berketuakan Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang akan mencapai kemenangan.” (Surah al Maidah: 56)

Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik adalah sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli Kitab yang sebelum kamu, dan (janganlah kamu jadikan) orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al Maidah: 57).

Ibnu Abbas RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang mu’min.” (Hadist Riwayat al-Hakim dan as Sayuti).

Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat releven dalam konteks masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalam Al-Qur’an;

Maksudnya;
“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama” (Surah al Fathir:28).

Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bagian yang banyak” (HR At-Tirmizi)

Jika setiap Muslim memilih majoriti calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang mukmin dan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam. Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syariat Islam mampu dilaksanakan. Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

Sebaliknya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan serta kemunkaran di bumi Allah.

Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan dasar dan tadbir urus negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasar logik akal dan kepentingan nafsu.

Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat Islam keseluruhannya di hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON-MUSLIM

Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon wakil rakyat golongan golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah, kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezalimannya (manipulasi, penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau memilih golongan kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam, kemanusiaan, kebajikan dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan: “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari”, “Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan “Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan”.


ETIKA PILIHANRAYA MENURUT SYARAK

Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin dan Kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu dilaksanakan mengikut tuntutan syarie. Ia perlu dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemunkaran dan kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar daripadaNya.

Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/ pembunuhan), gharar (dusta/penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah (rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll),
maisir (perjudian/ pertaruhan), syubahah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan, kolusi, konspirasi), assobiyyah (nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan, kepartian, kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan nasionalisme/ keegoan materialisme) dan lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi

Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islam untuk memastikan kejayaan kepada pihak yang hak.

KEWAJIPAN MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM

Dalam konteks Malaysia, kita umat Islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib memilih pimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prinsip Islam dalam mengganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.

Tanggungjawab setiap pimpinan (wakil rakyat) Islam pula adalah wajib membentuk Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintahan atas prinsip Islam dan amalan syariat Allah. Dengan itu umat Islam akan mampu melaksanakan semua amal ibadat, hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi mencapai keredhaan Allah di Dunia dan di Akhirat.

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Ibnu Hazam Al Andalusi menjelaskan para ulama’ bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Ibnu Khaldun menegaskan bahawa:"Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajiban di dunia dan akhirat. (Kewajiban di dunia) harus pilih pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan kewajiban untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad, semua kepentingan dunia harus mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat. Kesimpulannya, (Kekhalifahan) pada kenyataannya menggantikan Nabi Muhammad, beserta sebahagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaan politik di dunia."

Imam Taqiyyuddin An Nabhani menyatakan bahawa kepemimpinan kaum muslimin adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang (dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

PENUTUP

Oleh itu mewujudkan jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon jemaah Islam dan membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap muslim supaya akidah dan syariat Islam dapat ditegak, dipertahan dan dikembangkan di atas mukabumi ini sehingga Hari Kiamat . Amalan ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan; “Sesuatu yang wajib (amalan fardhu & hukum syariat Allah) tidak sempurna (tidak dapat dilaksanakan) melainkan dengannya (dengan sesuatu proses/alat/kaedah tertentu) akan ia (proses/alat/kaedah tersebut) menjadi wajib”.

Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah memastikan segala urusan dan permasalahan umat dirujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Tuesday, 21 October 2008

PENGUMUMAN

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Kepada Pengerusi-pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP Kawasan; Harap dapat menjalankan amanah Tarbiyah dengan sebaik mungkin. JAZAKALLAHU KHAIRAN.

Siri Tarbiyah 11 - FIQH TAHALUF

FIQH TAHALUF
MUQADDIMAH



Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haram. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya, mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Mereka menukarkan ayat-ayat Allah Dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman, dan merekalah orang-orang yang menceroboh. (At-Taubah:7-10)

Islam adalah agama yang diciptakan oleh Allah untuk kebahagiaan umat manusia di dunia dan akhirat. Sikap Islam terhadap apa-apa isu di dalam kehidupan manusia jelas, ia adalah agama yang meletakkan jaminan agar semua manusia selamat dan sejahtera, selaras dengan namanya ‘Islam’ yang bermaksud sejahtera atau selamat. Jaminan Islam terhadap kesejahteraan manusia ditawarkan oleh Islam tidak mengira tempat dan masa, ketika aman dan juga saat di medan peperangan. Sehingga Islam dengan sifat keterbukaannya telah membuka ruang untuk mengikat perjanjian dengan siapa sahaja, namun apabila perjanjian telah dicabuli, Islam dengan ketegasannya tidak akan bersikap bertolak ansur lagi terhadap golongan yang melampaui batas.

Di dalam reality perjuangan Islam di Malaysia, Gerakan Islam PAS di Malaysia telah melalui beberapa episode perjanjian atau tahaluf dengan beberapa parti politik dari berbagai idelogi demi menjamin penerusan perjuangan Islam agar kekal mendominasi hati budi masyarakat dan rakyat

PENGERTIAN TAHALUF
Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.
Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.
Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.
Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan.
Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.
Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti saying kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq)
Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengan prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.
HUKUM TAHALUF
Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolak oleh Baginda.
Syarat-syarat Tahaluf
1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
Dalil-dalilnya ialah:
a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.
Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.
b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan:
i- Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.
Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah memantapkan sokongan mereka kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).
Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.
ii. Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral
Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini.
Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.
Dan sabda Rasulullah SAW maksudnya:
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya." (Riwayat Muslim)
2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
Dalilnya:
a) Rasulullah SAW telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.
b) Rasulullah SAW membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.
3.Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah SWT;

Maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)
Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.
MUWADA’AH DAN ISTI’ANAH
a- Muwada’ah
Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).
Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslaha ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya.
Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.
b-Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)
Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.
i- Mereka menolong kita
Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama Baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:
a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan c)Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat: a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.
ii-Kita menolong mereka
Menurut al-Zarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al-Kabir”, Rasulullah SAW menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Kesimpulannya tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:
1. Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:
a) Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam b) Mengiktiraf negara Islam c) Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
2.Tahaluf tanpa membentuk negara:
a) Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar b) Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya c) Berlindung sementara ketika lemah d) Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah
Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah asas utama dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikatnya.
2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya kumpulan Islam yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.
3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan idealogi-idealogi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden. Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.
4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.
5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.
6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

Monday, 25 August 2008

Siri Tarbiyah 10 - DAKWAH

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

وإن أحد من المشركين استجارك فأجره حتى يسمع كلام الله ثم أبلغه مأمنه . ذلك بأنهم قوم لايعلمون (التوبه:6)
Maksudnya:
Dan jika seseorang dari kaum musyrikin meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat-tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam) (At-Taubah:6)

Selepas daripada Allah mewajibkan golongan musyrikin diperangi, setelah mereka diberi keamanan selama empat bulan, selepas mereka membatalkan perjanjian dengan Rasulullah SAW dan golongan muslimin, Allah menjelaskan pula bahawa tuntutan agar mereka menerima Islam, kemudian apabila mereka menolak, mereka wajib pula diperangi, tidaklah bermakna bahawa mereka selepas itu tidak ada ruang lagi untuk mendengar ayat-ayat Allah yang memungkinkan mereka beriman pula selepas itu. Seandainya ada di kalangan golongan musyrikin yang datang mahu mendengar penjelasan tentang Islam, kedatangan mereka itu tidak wajar diabaikan dan tidak diambil peduli. Membunuh mereka pada ketika itu adalah haram, bahkan Allah memerintahkan setelah mereka selesai mendengar penjelasan , mereka hendaklah dijamin keselamatan sehingga mereka hendaklah dipulangkan ke tempat asal mereka dengan selamat.

DAKWAH ISLAM KE ARAH KESEJAHTERAAN

Islam adalah agama ke arah kesejahteraan sejagat. Betapa Islam amat memberi perhatian kepada kejahteraan dapat dilihat dengan jelas daripada ayat yang dibetangkan ini. Bahkan maksud daripada kewududan agama ini adalah untuk menyebarluaskan agama yang berpaksikan kesejahteraan yang hakiki ini. Islam adalah kebenaran. Justeru itu, kebenaran sifatnya ialah ia mesti dijelaskan melalui mediumnya. Atau dalam erti kata yang lain, dakwah Islam hendaklah disampaikan kepada siapa saja, sekalipun musuh yang selalu memerangi kita. Bila mereka mahu mendengar penjelasan tentang Islam dan perjuangannya, kita wajib untuk menjelaskan dan memperkatakan tentangnya.

Arahan terhadap kewajipan berjihad bukanlah bertujuan untuk menumpahkan darah, tetapi yang pentingnya ialah agar keimanan dapat menjalar dan mengalir ke dalam jiwa manusia, dan kekufuran dapat dinyahkan daripada sanubari mereka. Kalau peperangan adalah jalannya, maka itu adalah pilihan terbaik untuk mencapai matlamat yang mulia itu. Tetapi seandainya terbentang di hadapan mata, kebenaran Islam dapat disampaikan di dalam suasana aman, itulah yang menjadi pilihan yang paling utama, sesuai dengan Islam perjuanganya adalah untuk kesejahteraan hakiki dan abadi, dari dunia sehingga ke akhirat nanti.
.
APA TITIK TOLAK DAKWAH?
.
Dakwah seharusnya bermula sepertimana jalan dakwah nabi-nabi a.s yang terdahulu Mereka menyeru manusia kepada ‘subulussalam’ (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.
.
Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan kuncu-kuncunya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keengkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keengkaran kepada Allah baik di dalam bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.
.
Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, iaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dakwah yang perlu kita dukung.
.
KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH
.
1- Siapa penggerak dakwah Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang sedar dan insaf, serta yakin akan tugas mereka, disamping iman yang tebal kepada Allah SWT. Dakwah Rasulullah SAW dibantu oleh para sahabat yang memiliki jiwa pengorbanan yang tinggi berjuang jalan Allah. Di dalam makna ini, Imam Al-Banna menjelaskan :
.
“Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita, dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tidak mengenal lemah; kesetiaan yang padu, tidak mudah terpengaruh, dan tidak kenal uzur; memiliki pengorbanan yang tinggi; mengenal serta mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain”.
.
Inilah dia sifat pribadi mereka yang mampu mendukung dakwah ini. Inilah dia titik awal kerja dalam dakwah, yaitu melalui proses pembinaan peribadi pendakwah yang jitu. Sebagaimana permulaan dakwah Rasulullah SAW dengan membina peribadi para da'i seperti yang tergambar dalam surat Al-Muzzamil di mana Allah memerintahkan mereka dengan latihan ibadah Qiyamullail (shalat Tahajjud) sebagai persiapan menghadapi ujian dakwah yang penuh dengan berbagai ujian di hari-hari depannya.
.
2. Sumber kekuatan. Dimanakah sumber kekuatan dakwah? Sebenarnya, kekuatan bermula dari kekuatan iman, kemudian diikuti oleh kekuatan ukhuwah Islamiyah, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan material dan organisasi.
.
Kebanyakan orang menyangka bahwa timur kekurangan kekuatan material, peralatan perang, dan perjuangan untuk mereka bangun menyaingi ummat yang telah merampas hak dan menindas mereka. Anggapan ini ada benarnya, namun di sana ada lagi sesuatu yang lebih penting yaitu kekuatan ruh yang terjelma dalam akhlak yang tinggi, jiwa yang harmoni, mengetahui dan meyakini kebenaran, dan pengorbanan demi menunaikan kewajipan.
.
Kekuatan iman dan ukhuwah itu kemudiannya berganjak kepada kekuatan ilmu, syaksiah, tubuh badan, dan kesatuan. Inilah yang menjadi kekuatan tonggak dan asasi. Setelah ini barulah diikuti dengan kekuatan organisasi, media, ekonomi, dan ketenteraan. Adalah anggapan yang keliru bahwa dakwah harus dimulai dengan kekuatan material (kebendaan); karena asas kekuatan awal adalah pribadi du'at itu sendiri, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan yang lain. Hakikat ini telah terbukti di dalam sejarah dakwah itu sendiri.
.
3. Wasilah-wasilah (jalan-jalan kerja) dakwah Wasilah di dalam pembinaan dan pengukuhan setiap dakwah dapat dikenali oleh siapa saja yang mengkaji sejarah jamaah. Intisari dari wasilah ini dapat disimpulkan sebagai berikut : Iman dan amal, kasih sayang, dan persaudaraan. Wasilah umum dakwah ini tidaklah berubah, yaitu berkisar dalam tiga hal berikut: iman yang mendalam, pembinaan (takwin) yang teliti, dan amal yang bereterusan.
.
Ringkasnya, jalan kerja dakwah dapat disimpulkan sebagai berikut: keimanan yang kuat, persaudaraan yang kukuh, pembinaan (tarbiyah) atau pembentukan yang teliti dan halus, amalan yang tiada putusnya, yang tidak mengenal lelah ataupun putus asa, disertai dengan panduan manhaj yang bersumberkan sumber-sumber yang sahih, serta kepemimpinan yang mempunyai daya juang dan kemampuan yang tinggi dan dapat dipercayai.
.
4. Beransur-ansur (tadarruj) di dalam langkah kerja Maksud tadarruj adalah kita tidak tergesa-gesa dalam bekerja mencapai matlamat. Segala amal harus disusun dan direncanakan mengikuti tingkatan-tingkatan atau tahap-tahap yang ditentukan. Misalnya; pembinaan (takwin) itu bermula setelah kita melaksanakan tugas penjelasan kepada masyarakat umum. Kemudian diikuti dengan upaya pengasasan setelah kita melasanakan usaha mendidik.
.
Sesungguhnya kekuatan dakwah itu adalah bertahap: pertama, penyampaian risalah; kemudian diikuti dengan usaha pembinaan dan pembentukan saf-saf perjuangan Islam; dan akhirnya mengasaskan kerja-kerja Islam. Sesungguhnya setiap dakwah perlu memiliki tiga marhalah : Marhalah di'ayah (menyeru) dan ta'arif (memperkenalkan), dan menyebarkan fikrah serta menyampaikannya kepada masyarakat umum. Kemudian diikuti oleh ‘marhalah takwin’ (membentuk) dan memperbaiki ansar (penggerak dakwah), menyediakan anggota saf dari mereka yang menyambut seruan tersebut. Kemudian diikuti oleh marhalah pelaksanaan, amal, dan kerja yang membuahkan hasil.
.
5. Kesempurnaan di dalam pelaksanaan (Takamul fi tatbiq) Dakwah Islamiyah bukan sekadar parti politik, namun penegakan hukum Allah adalah tugas kita yang paling utama. Dalam waktu yang sama, dakwah bukan pula satu mazhab fiqh, kuliah syarahan, atau institusi fatwa, namun ia lebih mementingkan syari'ah. Demikian pula, dakwah bukan sebuah organisasi sosial, tetapi kita lebih mementingkan persoalan menjaga kebajikan masyarakat.
.
Ringkasnya, dakwah Islamiah bukan hanya sebagian dari dakwah-dakwah itu, namun meliputi keseluruhan makna tersebut. Inilah maksud kesempurnaan dalam perlaksanaan. Tumpuan dakwah bukanlah hanya sebahagian permasalahan ummah sahaja, melainkan harus mementingkan semua permasalahan ummah dalam kerja-kerja dakwah.

DAKWAH DAN MUZAKARAH

Muzakarah merupakan salah satu medium dakwah dan kaedah menyampaikan penjelasan yang berkesan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada manusia. Muzakarah memberi pengertian adanya adab-adab perbincangan yang dikehendaki dalam ajaran Islam yang perlu dipatuhi. Perbincangan yang berlangsung dijuruskan ke arah meningkatkan pemikiran dalam mencari kebenaran; bukannya sekadar satu saluran 'discussive reasons', yakni menunjuk kebolehan memberi alasan atau berasional dalam pengertian yang sempit. Di dalam skop harakah Iskamiyah, melalui medium muzakarah beberapa keuntungan dakwah akan dapat diperolehi;
.
a- menjadi wadah mengumpulkan para cendekiawan dan mereka berminat dan itizam dalam kerja-kerja Islam.

b- menyediakan saluran membincang idea dan/atau isu- isu masakini dan masa hadapan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.

c- menyalurkan idea dan rumusan muzakarah kepada saluran-saluran yang betul untuk tindakan selanjutnya.

d- meneruskan kesinambungan amalan bermuzakarah para ulamak silam dan memajukan pengembangan kelimuan.

Dari masa ke semasa medium muzakarah akan mengenalpasti isu-isu yang dianggap mutakhir yang dapat menjaga kepentingan Islam dan masyarakat Islam masakini. Dalam perbincangan yang dijalankan, pandangan secara bersepadu akan dipakai sebagai pendekatan.

Medium muzakarah ini merupakan satu lagi tanda komitmen petugas harakah di dalam menunjuk arah dan petunjuk yang betul kepada usaha membentuk masyarakat Islam yang cemerlang. Bukan sahaja usaha-usaha bersifat lahiriah akan terus digerakkan, secara sedar kita amat komited akan membangunkan unsur pemikiran dan kerohanian masyarakat.

PENUTUP

Dakwah Islamiyah sepanjang zaman akan berhadapan dengan cabaran getir dan memeritkan. Namun, akhirnya kebenaranlah yang akan menjuarai semua bentuk pertarungan di semua medan pertarungan dan perjuangan itu. Allahu Akbar!

Saturday, 16 August 2008

Isu muqabalah/muzakarah : Perkasakan tarbiyah dalaman parti



Ipoh, 16 Ogos - Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hasan dalam membahaskan ucapan dasar Presiden menegaskan bahawa PAS adalah merupakan satu gerakan Islam, siasah dan dakwah yang mana PAS bukanlah sekadar politik tetapi juga merupakan satu gerakan dakwah. Oleh itu dalam ucapan beliau, semua pihak mesti menghayati dan merealisasikan prinsip gerakan siasah, dakwah dan tarbiyah."PAS yang merupakan satu gerakan siasah, perlulah fokus kepada politik perpaduan yang mana berasaskan kepada kedamaian. Perlulah bina jejantas dengan semua pihak", katanya lagi. Pemuda telah mengadakan hubungan dengan semua pihak iaitu dari badan NGO, artis, golongan terbiar dan termasuklah ke istana sebagai usaha untuk merealisasikan usaha ini.



Ustaz Nasrudin juga menyeru ahli PAS menggunakan kaedah "menjadi kawan dalam musuh, buang musuh dalam kawan". Kepercayaan tinggi kepada pimpinan haruslah diberi dalam memastikan kemenangan yang berpaksikan kepada Islam. Konsep thiqah mesti di praktikkan terutamanya bila berlaku isu seperti muqabalah/muzakarah. Beliau juga menyeru semua ahli-ahli PAS supaya menghayati sirah perjanjian hudaibiyah yang membawa kemenangan Islam yang sebenar. Rasulullah dan tentera Islam telah menang di dalam beberapa siri peperangan seperti perang Badr, perang Ahzab dan perang Tabuk tetapi kemenangan yang paling besar ialah kemenangan pembukaan kota mekah hasil daripada Perjanjian Hudaibiyah. Inilah politik perpaduan yang telah dipelopori oleh Rasulullah yang mesti dicontohi.



Tarbiyah juga menjadi fokus beliau apabila menyentuh isu muqabalah/muzakarah. Konsep-konsep Jamaah seperti wala' dan thiqah, dengar dan taat perlu di fahami dengan lebih mendalam oleh ahli. Ini perlu untuk mengukuhkan dan membina dalaman jamaah supaya tidak goyah. Pemuda PAS memohon supaya segala pertelingkahan dalaman parti diselesaikan secara baik dan berhikmah. Menurut beliau, pertelingkahan hanya akan membawa kepada perpecahan jamaah. Peranan tarbiyah yang sudah lama kurang ditekankan. Budaya tamrin, usrah qiamullail dan muqayyam sudah lama di pinggirkan. Oleh yang demikian beliau menyeru pimpinan disemua peringkat supaya tarbiyah dalamn parti mesti diperkasakan.



Selain itu beliau turut menggesa pimpinan PAS supaya dapat menghidupkan semula budaya pemikiran intelektual di kalangan ahli Jemaah. Ini penting kerana Parti PAS memerlukan kekuatan hujjah berhadapan dengan masyarakat terutamanya pimpinan di pelbagai peringkat. Budaya 'keras keng' (tak ada hujah tapi berkeras) perlu dielakkan. Wajah PAS perlu ditonjolkan sebagai parti intelektual dan tidak hanya dianggap sebagai parti demonstrasi, ujar beliau yang menganggap tahun 2008 sebagai tahun ujian.

Tuesday, 1 July 2008

SIRI TARBIAH 9 - ISLAM DAN CABARAN SEMASA

MUQADDIMAH

Firman Allah:

فإذا انسلخ الأشهر الحرم فاقتلوا المشركين حيث وجدتموهم وخذوهم واحصروا هم واقعدوا لهم كل مرصد، فإن تابوا وأقاموا الصلاة وءاتوا الزكاة فخلوا سبيلهم، إن الله غفور رحيم.

Maksudnya;
“Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kalau temui mereka, dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At TAubah:5)

LATAR BELAKANG AYAT

Ayat di atas adalah merupakan cabang dar lanjutan ayat yang sebelumnya. Ayat yang sebelumnya menjelaskan bahawa Allah SWT mengisytiharkan perlepasan tanggungjawab daripada perjanjian yang telah dibuat oleh golongan musyrikin, akibat daripada tindakan mereka sendiri yang telah mengkhianati perjanjian mereka dengan golongan yang beriman. Kemudiannya Allah member peluang kepada mereka selama empat bulan untuk mereka meneriman Islam. Kemudian di dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa andainya mereka tetap juga tidak menerima Islam, mereka akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui, samada di Tanah Haram atau di dalam Tanah Halal.

Ayat ini terkenal dengan ‘ayatu saif’ yang memberi makna ayat perang. Ia memberi makna apabila telah berlalu empat bulan yang diharamkan berperang di antara golongan muslimin dan musyrikin, golongan muslimin diarahkan oleh Allah untuk menakluki dan menguasai golongan musyrikin dengan membunuh mereka di mana sahaja mereka berada. Golongan musyrikin hendaklah diletakkan sebagai golonga yang harus dibunuh, ditawan, dikepung, diintip, dan sebagainya,sesuai mereka sebagai musuh Allah dan Rasul,juga sebagai musuh orang- orang beriman,sehingga mereka tidak ada pilihan lain lagi selain memeluk Islam atau dibunuh. Tujuan golongan musyrikin dilakukan dengan sebegitu rupa ialah supaya timbul di dalam hati mereka perasaan takut dan dan gerun pada golongan yang beriman.
Tetapi, apabila mereka bertaubat dari kekufuran iaitu dengan menerima Islam sebagai agama,serentak dengan itu juga, mereka bersolat dan mengeluarkan zakat,mereka tidak akan diperangi lagi.Mereka akan diterima sebagai ‘ahlul Islam’ yang layak menikmati keamanan yang sewajarnya sebagaimana orang-orang Islam yang lain.

REALITI KUFFAR TERHADAP ISLAM

Islam adalah ‘ad-din’ yang benar,yang menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.Golongan beriman yang mengambil islam sebagai ‘ad-din’ akan sedia berhadapan dengan perancanaan musuh-musuh Islam untuk menyekat dan memperdaya bagi melemahkan pegangan umat terhadap Islam.Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-NYA;

يُرِيدُونَ لِيُطفِؤُاْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٲهِهِمْ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلكَـٰفِرُونَ (٨)

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (As Soff:8)

Usaha untuk memadamkan cahaya Allah telah berlaku di sepanjamg hidup manusia di atas muka bumi sejak Nabi dan Rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ Ar Rasyidin. Percubaan itu berterusan hingga sekarang dan agama Allah akan terus dutentang hinggalah hari kiamat. Firman Allah SWT:

وَدَّ ڪَثِيرٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدً۬ا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ

Maksudnya:
“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)”. Al Baqarah :108.

Ini adalah penjelasan Allah tentang sikap permusuhan orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka samada yahudi, Nasrani dan sebagainya. Rasulullah SAW telah bersabda:

واحدة ملة الكفار

Yang bermaksud:
“ Kekufuran itu adalah satu millah (agama)”

Bekas Perdana Menteri Britain pernah membuat kenyataan dengan katanya, “ Barat sekali-kali tidak akan dapat menguasai timur, dan barat sendiri tidak akan aman selagi Al-quran berada di tangan orang-orang islam”.

Demikian juga kenyataan yang sama pernah dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria ketika Negara itu di bawah jajahan mereka. Katanya, “kita tidak akan menang di dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagi mereka membaca Al Quran Al Karim dan bercakap menggunakan bahasa arab. Oleh itu kita perlu hapuskan Al-Quran daripada kehidupan mereka dan Bahasa Arab darpada menjadi bahasa mereka”.

Maksud menghapuskan al Quran daripada kehidupan orang-orang Algeria bukanlah bermaksud menghapuskan naskah al Quran yang mereka baca, tetapi maksudnya ialah menghapuskan roh al Quran dan amalannya dalam kehidupan mereka.

Di dalam satu persidangan di Baitulmaqdis satu ketika dahulu, seoranG pemimpin gerakan kristian berpesan kepada pendakwah-pendakwah Kristian dengan katanya, “Peranan kamu bukanlah mengkristiankan orang-orang Islam, tetapi mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlak.”

Pertelagahan antara hak dan batil sudah menjadi sunah kehidupan manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran akan tetap terus bertembung sehingga kiamat. Allah SWT memperingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga, jangan sampai terpengaruh dan mengikuti cara hidup golongan kuffar. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 149 ;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَرُدُّوڪُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَـٰبِكُمۡ فَتَنقَلِبُواْ خَـٰسِرِينَ (١٤٩)

Maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi”.

Pelbagai tektik dan cara telah mereka lakukan dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang Islam dan ummatnya dengan alat senjata dan askar, serangan pemikiran dan ideologi, serangan akhlak dan kebudayaan. Umat Islam akhirnya tewas dengan perencanaan musuh-musuh Islam. Kekuatan ketenteraan, ekonomi, media elektronik dan seumpamanya telah digunakan separas maksima mungkin untuk menjayakan agenda terancang mereka itu. Tanpa disedari gaya hidup muda-mudi Islam hari ini tidak lagi mencerminkan gaya hidup Islam. Demikian juga gaya hidup bermasyarakat dan pemerintahan. Ia telah terjelma seperti yang telah dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Golongan kuffar sememangnya berkerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan pelbagai tektik dan tipu helah, secara keras mahupun secara halus demi mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan umat Islam dan menyekat mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredhaan Allah.
PERANAN PAS SEBAGAI GEARAKAN ISLAM

Kita wajar tidak alpa dan dan perlu sentiasa sedar serta berjaga-jaga, seterusnya mengambil iktibar daripada pengalaman silam agar tidak terperangkap berkali-kali dalam perangkap musuh. Orang-orang mukmin tidak sepatutnya dipagut dua kali di satu lubang yang sama seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW. Kita perlu menggarap seluruh kekuatan yang ada demi melayakkan kita memimpin dan sekaligus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyyah yang penuh dengan angkara kezaliman dan kerakusan tembolok mereka. Peranan yang wajar didominasi oleh PAS ialah:

a- Menunjangi paksi Politik Negara

Didalam politik Malaysia, ketuanan melayu adalah menunjangi kerajaan yang memerintah. Realiti kini memperlihatkan Umno sudah tidak mempunyai kelayakan lagi menjaga keutuhan bangsa, bahkan boleh mendabik dada mengatakan parti itu sebagai penjaga maruah bangsa dan umat Melayu. Umno tidak layak lagi mewajarkan organisasinya adalah pembela dan pejuang Melayu. Umno wajar menginsafi kedaulatan melayu tidak mampu lagi ditangani olehnya. Wadah baru bagi umat Melayu perlu dijana dan diperkasa. Di dalam realiti kini, PAS sebagai sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam atau atas semangat politik Islam yang didominasi oleh Melayu Islam. PAS yang mendasari Islam sebagai perjuangannya hendaklah turut kuat. Justeru, kita meyakini bahawa dasar Islamiyah yang ttelah menguat dan mengukuhkan PAS sehingga hari ini. Untuk itu, PAS hendaklah berhati-hati agar tidak dilihat sudah mula perlahan-lahan meredakan semangat Islamnya dan melupai agenda asalnya. Gerakan Islam PAS perlu berwaspada agar tidak dilihat tidak lagi bersikap konservatif tetapi cenderung berubah menjadi parti yang pragmatis. Dalam keadaan iniapakah PAS relevan untuk menagmbil alih peranan dan harapan yang disangkutkan kepada Umno untuk mendaulatkan Melayu?

b- Melebarkan jaringan Dakwah.

Para Ulama’ Gerakan dewasa ini telah memperihatinkan kewajaran dan keperluan gerakan Islam kini, mempunyai perspektif yang baru dalam memehami fiqh dakwah. Ia tidak seharusnya terikut dengan takrif tradisional semata-mata. Konsep fiqh dakwah wajar diperluaskan dengan lebih komprehensif dalam Gerakan Islam semasa. Kewajaran ini timbul berikutan salah faham masyarakat apabila timbulnya kelompok ‘mutatharrif’ dalam kefahaman keagamaan dan juga ‘jumud’ dari segi pemikiran.

Di Malaysia, perkembangan politik bergerak dengan sangat pantas. ‘Tahaluf siasi’ yang telah diperkenalkan oleh PAS beberapa tahun dahulu, yang telah menjadi ekspirimen politik bagi gerakan Islam seluruh dunia, telah menampkkan natijahnya. Golongan non-muslim dilihat lebih selesa mendampingi PAS berbanding di dalam realiti kini. Untuk itu, kewajaran medium dakwah di dalam PAS hendaklah lebih rasional sesuai dengan perkembangan semasa.

Pemahaman secara ilmiah terhadap golongan ‘ahluz zimmah’ yang menjadi rakyat di dalam Negara Islam hendaklah mula diwacanakan oleh ahli PAS di semua peringkat. Ia adalah langkah awal yang dikira bijak di dalam merangka persedian awal demi kelansungan politik Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Lebih-lebih lagi, konsep Gerakan Islam ialah sebagai ‘niabah’ kepada ‘khilafah Islamiah’ yang telah hilng pada hari ini.

Medan dakwah kita, tidak sewajarnya lagi berkisar sesama ahli dan rakan seagama, bahkan ia wajar diperkasa dan dilebarkan kepada golongan non-musli, khususnya yang telah mula berjinak-jinak dengan PAS.

PENUTUP
Sesungguhnya perjuangan kita masih panjang. Kemenangan besar kita dala PRU ke-12 yang lepas, semestinya bukan nokhtah terakhir perjuangan kita. Kemenangan Pakatan Rakyat menguasai beberapa buah negeri di semenanjung tidak pernah menjadikan kita berpuas hati dan tidur lena di medan perjuangan. Selagi hukum Allah tidak dapat dilaksanakan di dalam Negara ini, selagi itu kita akan terus melangkah dengan gagahnya ke gerbang sebuah ‘Daulah Islamiah’. Allahu Akbar!!!

Wednesday, 25 June 2008

SIRI TARBIAH 8 – ISLAM, TOLERANSI DAN KEADILAN

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

برآءة من الله ورسوله إلى الذين عاهدتم من المشركين ﴿1﴾ فسيحوا في الأرض أربعة أشهر واعلموا أنكم غير معجزي الله وأن الله مخزي الكافرين ﴿2﴾وأذان من الله ورسوله إلى الناس يوم الحج الأكبر أن الله برئ من المشركين ورسوله، فإن تبتم فهو خير لكم، وإن توليتم فاعلموا أنكم غير معجزي الله، وبشر الذين كفروا بعذاب أليم. إلا الذين عاهدتم من المشركين ثم لم ينقضوكم شيئا ولم يظاهروا عليكم أحد فأتموا إليهم عهدهم إلى مدتهمن إن الله يحب المتقين. (التوبة : 1-4)

Maksudnya;
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrikin yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka). Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama 4 bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah, dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab sekza di akhirat). Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia pada Hari Raya yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNyta memutusakan tanggungjawab terhadap orng-orang musyrik. Oleh itu, jikamu (wahai musyrikin) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu, dan jika kamu berpaling ingkar, maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak dapat melepaskan diri daripada seksa Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafirbahawa mereka akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya. Kecuali orang yang mengikat perjanjian setia dengannya dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikit pun, dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka sehingga habis tempatnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
At Taubah: 1-4.

Perjuangan menentang golongan kuffar menjadi asas utama perjuangan para Nabi dan orang-orang yanf beriman uang mengikutinya. Manusia-manusia yang mulia ini berhadapan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatannya tidak menguntungkan. Namun, ketika menghadapi cubaan-cubaan tersebut, muncullah sifat-sifat istimewa mereka. Tidak kira bagaimanapun keadaannya, mereka merasakannkedamaian dan kenyamanan kerana mengetahui bahawa tidak ada satu pun yang terlepas daripada Allah.

Pemahaman ini menolong mereka untuk selalu bersikap positif. RasululLah SAW dan orang-orang yang beriman memastikan kehidupannya pada kenyataan bahawa Allah SWT akan menolong mereka melewati masa sukar dan bahawa segalanya pada akhirnya akan menjadi anugerah bagi mereka. Mereka menjadikan kenyatraan tersebut sebagai asas semua pandangan mereka.

LATAR BELAKANG PERISTIWA

Rasulullah SAW telah memeterai perjanjian Hudaibiyah dengan golongan musyrikin Mekah pada tahun ke-6 Hijrah. Daripada perjanjian tersebut, kedua belah pihak telah bersetuju untuk melakukan genjatan bersenjata. Melalui perjanjian itu juga, kedua belah pihak telah bersetuju untuk mengekalkan tempoh waktu tanpa peperangan itu berlanjutan selama 10 tahun. Namun, musyrikin Mekah telah membatalkan perjanjian tersebut. Maka, dengan itu, turunlah ayat ‘baraah’ yang bermaksud berlepas diri pada tahun ke-9 Hijrah. Kaum muslimin diperintahkan oleh Allah untuk melepaskan diri dan merungkaikan diri mereka dari perjanjian itu, dan golongan musyrikin diberi tempoh bebas selama empat bulan. Dalam tempoh tersebut mereka bebas membuat pilihan, sama ada memeluk Islam atau untuk memilih jalan peperangan.

RENTETAN PERJUANGAN SEPANJANG ZAMAN.

Islam telah melalui medan perjuangannya yang tersangat panjang, dimulai dengan episode perjuangan RasululLah SAW yang menghadapi segala mehnah dan fitnah yang tidak pernah berhenti, bukan sahaj dari setiapa langkah Baginda tetapi juga dari gambaran persekitaran dan kondisi yang mendepani Baginda. Baginda menghadapi kelompok musyrikin dari pelbagai aliran sembahan, kelompok simpatisan yang menghormati misi dan kemuliaan akhlak Baginda, kumpulan munafiq yang berkonspirasi, anggota murtaddin yang terpedaya, penguasa empayar dan golongan elit yang berkepentingan. Namun, pada saat dan keadaan serba mencabar itu Baginda membina kekuatan dalam tekad untuk membangunkan sebuah tata kehidupan berupa tamadun yang unggul berpaksikan kalimah syahadah. Sementara itu Baginda tercatat sebagai insane paling Berjaya membangunkan sebuah komuniti masyarakat manusiawi yang terpandu oleh sebuah system hidup Ilahi yang paling murni. Bukti keberhasilan dakwah dan jihad Baginda terlihat dalam catatan perkembangan Islam di seluruh pelusuk dunia.

Namun perseteruan terhadap Islam oleh golongan musyrikin dan munafiqin dari kalangan kelompok nasrani, yahudi dan golongan kuffar lainnya adalah abadi. Percubaan untuk meruntuhkan sendi dan benteng kekuatan ummah islam samada ekonomi, politik, ketentteraan, social, kebudayaan, pendidikan dilancarkan tanpa henti melalui gerakan sekularisasi, kristianisasi, imprealisasi, al ghazwatul fikr dan zionisma dari abad keabad.

Natijahnya, ummah Islam tidak henti-henti terpedaya, terperangkap, terheret dan ternoda akibat pelbagai serangan dari pelbagai sudut. Kekeutan ummat Islam luntur sehingga menjadi mangsa kepada keserakahan golongan imprealis barat, kristian dan yahudi. Titik kelunturan mulai jelas terlihat apda abad ke 20 apabila pada 1924 pemerintahan Khalifah Uthmaniah dileburkan oleh gerakan solibi yahudi yang memperkudakan Mustafa Kamal Pasha untuk menghapuskan kesultanan Hamid II di Istanbul, Turki yang menandakan berakhirnya system kekhalifan Islam dalam sejarah ummah dalam abad ke 20. Ditambah tenat lagi Mustafa Kamal benar-benar menuruti kehendak barat dengan melancarkan pelbagai perubahan drastic dalam tempuh yang singkat iaitu menghapuskan identity Islam (Bahasa, pakaian) menghapuskan undang-undang Keluarga Islam, menggugurkan peruntukan perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Negara, menutup sekolah-sekolah Islam, menukarkan tulisan arab kepada rumi, menukar azan dan bacaan Al Quran ke bahasa Turki.

Maka realiti yang sedang yang dilihatkan sekarang di ummah Islam sekarang kini ialah serba lemah, mundur, tertindas dan sedang dimanipulasikan di mana ia adalah buah dari sebuah sejarah keruntuhan ummat Islam yang panjang. Kelesuan dan ketinggalan dalam banyak bidang di samping keserakahan musuh Islam untuk membaham apa sahaja yang terbaki di kalangan umat ini sedang menjadi sebuah wajah yang tidak boleh disembunyi lagi.

Walaupun begitu keadaan tidak serba gelap semuanya kerana telah berputik suatu intifadah dan inqilab yang menunujukkan cahaya harakah. Kita harus berkerja menangkap kesempatan ini untuk membina sebuah keunggulan umat di setiap penjuru alam. Kebuasan tamadun moden terserlah kekacauannya dan sedang mencari arah untuk menyelamatkan manusia. Fitrah insan sedang mula menggamit manusia untuk balik kepada kebenaran Ilahi.
Sekalipun itu adalah realiti yang telah menjadi sejarah, Islam tetap merupakan penyelamat ummat manusia sepanjang zaman. Di dalam berhadapan dengan musuhnya, Islam tetap konsisten dengan keadilan dan kesaksamaanya, selaras ia adalah agama yang diredhai Allah.

Islam di dalam berhadapan dengan golongan musyrikin yang menjadi penentang utama di dalam perjuangannya, sikapnya jelas iaitu bertembung apabila perlu, dan bertolak ansur dan toleransinya apbila sesuai dengan keadilan yang diperjuangkannya. Ini dapat dilihat melalui:

1. Al Quran memerintahkan untuk berlaku adil, terhadap siapa pun termasuk non muslim, dan memrintahakan untuk berakhlak mulia sekalipun terhadap orang-orang musyrik. Firman Allah SWT:

ياأيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط، ولا يجر منكم شنئان قوم على ألا تعدلوا، اعدلوا هو أقرب للتقوى، واتقوا اله ، إن الله خبير بما تعملون.
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, bagi menegakkan kebenaran, dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melalukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al Maidah:8)

2. Wasiat RasululLah SAW terhadap ahlul Zimmah serta Uswah Hasanah Baginda dalam berhubungan dengan ahli kitab mahupun orang-orang musyrik.
3. Sikap Rasulullah SAW ini diteruskan oleh Para khulafa’ ar Rasyidin yang menjadi pengganti Baginda Ridhwanullah ‘alaihim.
4. Kemudian para Ulama khususnya para Fuqaha, selain melakukan prinsip tasamuh (toleransi) terhadapa ahlul zimmah, bahkan seringkali membela kepentingan ahlul kitab dan zimmah seperti; Abu Yusuf Al Qadhi, yang menyampaikan kepada khalifah Harun Ar Rasyid agar mementingkan hak-hak ahlul zimmah dan tidak menzalimi mereka, kemudian Ibn Hazm dan Al Mawardi juga mengemukakan hak-hak dan kewajipan ahlul zimmah dan Ibnu Timiyyah mempraktikkan tasamuh ini ketika meminta pembebasan tawanan perang bangsa Tartar yang terdiri atas orang Islam dan yang bukan islam.

Sikap ini berlanjutan hingga hari ini, sehingga ia menjadi bukti yang jelas yang sangat meyakini, bahawa kebenaran mutlak hanyalah Islam yang sekaligus menjadi bukti bahawa Islamlah merupakan jaminan keselamatan di dunia dan akhirat.

ISLAM DAN KEADILAN.

Banyak pihak mencurigai syariat Islam dan menganggapnya sebagai hukum yang tidak manusiawi, barbarian dan menakutkan, sebab mereka memahami syariat islam dalam ruang lingkup yang sangat sempit dan tidak tepat. Ketika kita berbicara tentang syariat Islam, kesan yang paling awal muncul (dikalangan kelompok anti syariat) adalah hukum potong tangan dan rejam. Atau di dalam hukum keluarga misalnya, yang menjadi wacana donminan adalah poligami. Bahkan ada yang mengannggap syariat Islam hanya terbatas mengurus soal pakaian perempuan, seperti pakaian ketat, jilbab dan lain-lain. Ada juga yang mempertanyakan : jika syariat islam diterapkan, bagaimana dengan penduduk nonmuslim? Apakah kepada mereka juga diterapkan syariat Islam itu? Jika mencuri. Apakah tangannya dipotong atau juga berzina, apakah akan didera atau direjam?

Dengan memperhatikan penjelasan di atas sebenarnya ketakutan kepada syariat Islam adalah hal yang terlalu dibesar-besarkan. Sayriat Islam diturunkan Tuhan bukan untuk menyusahkan manusia, tetapi justeru untuk menyelamatkan mereka daripada kehancuran. Bahkan menurut Islam, binatang dan pokok pun taidak boleh dizalimi. Tujuan syariat Islam adalah memelihara hak-hak manusia dan member mereka perlindungan serta keselamatan atau kedamaian. Justeru itu, merasa takut terhadap Islam, apatah lagi memusuhi syariat Islam adalah sikap dan tindakan yang sangat terburu-buru dan tidak beralasan.

Kini, apabila kepercayaan masyarakata dan rakyat kepada PAS semakin terserlah. Langkah kita untuk menjelaskan ruang lingkup syariat yang lebih luas dan bersifat universal wajar menjadi wacana politik yang lebih dominan.

PENUTUP
Sejarah telah menyaksikan bahawa Islam telah mempraktikkan keadilannya sepanjang ia berkuasa. Perjanjian dan persetiaan adalah suatu yang sangat dipandang mulia dan suci. Namun, apabila persetiaan ini dicabuli di atas dasar kehormatan dan harga diri, dan menghayati konsep keadilan, yang diperjuangkannya, golongan kuffar yang telah mencabuli persetiaan itu wajar menerima hukuman yang selayakkanya akibat dari sikap dan tindakan mereka sendiri.

Tuesday, 24 June 2008

SIRI TARBIAH 7- KEMENANGAN ISLAM

MUQADDIMAH

برآءة من الله ورسوله إلى الذين عاهدتم من المشركين ﴿1﴾ فسيحوا في الأرض أربعة أشهر واعلموا أنكم غير معجزي الله وأن الله مخزي الكافرين ﴿2

Maksudnya;
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrikin yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka). Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama 4 bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah, dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab sekza di akhirat).
At Taubah: 1-2.

Surah At Taubah ditturunkan di Madinah. Ia mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah dengan ‘at taubah’ ialah kerana pada ayat ke 117 disebut tentang perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka, lalu diampunkan oleh Allah dengan Allah menerima taubat mereka.

Surah ini juga terkenal dengan surah ‘al baraah’ iaitu suatu pemutusan tanggungjawab atau memberi maksud ‘pembatalan perjanjian’, sebagaimana diterangkan pada bahagian awal surah ini. Surah ini menjelaskan tentang perisyrtiharan daripada Allah dan RasulNya terhadapa kaum musyrikin arab bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan RasululLAh SAW, maka perjanjianitu juga telah dibatalkan oleh Allah dan RasulNya. Golongan musyrikin itu diberi tempoh selama 4 bulan untuk mereka menerima Islam. Seandainya mereka tetap tidak menerima Islam, mereka akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui.

Di dalam surah ini juga dibongkarkan tentang rahsia golongan munafiq yang berpura-pura Islam pada zahirnya, edangkan pada batinnya mereka adalah golongan yang kafir. Di dalam Al Quran, inilah satu-satunya suraha yang tidak dimulakan dengan ‘basmalah’. Menurut sebaghagian ulama, sebab surah ini tidak dimulakan dengan ‘basmalah’ ialah kerana ‘basmalah’ itu mengandungi makna rahmat dan keamanan, sedangkan surah ini diturunkan kepada golongan munafiq dan dihalalkan memerangi mereka. Dari situ, dapat difahami bahawa golongan munafiq itu tidak ada keamanan untuk mereka.

Ia di anggap surah pengenalan politik atau siasah Islam, yang banyak memperihalkan tentang sikap yang seharusnya dimiliki oleh ummat Islam apabila berhadapan dengan musuh-musuh Allah. Surah ini member gambaran bahawa Islam yang menjadi agama Allah akan mengatasi dan mengalahkan selain agama dan fahaman yang dipegang oleh manusia, yang telah mendarah daging dalam kehidupan manusia apda setiap tempat dan zaman.

HARAPAN KE ARAH KEMENANGAN.

Gerakan Islam (PAS) di Malaysia telah menempuh era perjuangannya yang agak panjang semenjak lebih 50 tahun dahulu. Sepanjang tempoh separuh abad itu PAS telah melalui pahit getirnya perjuangan, daripada penghinaan dan cercaan sehinggalah dibunuh ahli-ahli dan para penyokongnya. Apa yang hendak ditimbulkan di sini ialah apakah perjuangan Islam yang ditegakkan oleh PAS ini tiada noktah akhirnya. Mungkinkah ada kemenangan dalam perjuangan ini? Justeru, apa yang dilihat ialah musuh-musuh kita semakain serakah, dan seilah terlihat mereka seperti tidak akan runtuh sampai bila-bila. Segala bentuk akta dan undang-undang ciptaan mereka telah mengikat dan membelenggu perjalanan perjuangan kita untuk menempa apa yang dikatakan sebuah kemenangan.

KEMENANGAN ISLAM TETAP ADA.

Kemenangan Islam tetap akan ada. Kita meyakini bahawa telah menjadi sunnatulLah setiap yang berkuasa itu tidak akan selama-lamanya berkuasa, dan yang lemah dan yang tertindas itu tidak akan selama-lamanya berada di dalam situasi itu, bahkan segala-galanya akan bersilih ganti. Firman Allah;

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين إمنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظلمين﴿ 140﴾ وليمحص الله الذين إمنوا ويمحخ الكفرين﴿141﴾

Maksudnya;
Jika kamu(dalam peperangan Uhud) mendapat luka(tercedera),maka sesungguhnya kaum(musyrik yang mencerobohi kamu)itu telah(tercedera juga)dan mendapat luka yang sama(dalam peperangan Badar).Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan),Kami gilirkan ia antara sesame manusia,(supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian diantara kamu orang-orang mati syahid,dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. (Ali-Imran : 140-141)

Berkata As-Syahid Syed Qutb RA :

الحق قد يضعف و لكن ينتصر و ا لبا طل قد يتنصر و لكن لا يدوم

Maksudnya;
Kebenaran itu terkadang ia lemah,tetapi ia tetap akan menang,sementara kebathilan itu terkadang ia menang,tetapi ia tidak akan berkekalan.

Cumanya harga sebuah kemenangan itu tersangat mahal.Sesungguhnya tidak pernah ada laluan mudah untuk kita menempa kemenangan.Apabila kita berjuang,mehah,ujian dan cabaran pasti akan mendatang .Ia sudah menjadi sunnatullah di dalam perjuangan ini.Apabila kita berjuang,tetapi kita cuba mengelak daripada berhadapan dengan mehnah,ia adalah suatu yang menncanggahi sunatullah.Bahkan mehnah yang menjadi asam garam perjuangan adalah faktor yang paling penting di dalam melahirkan ketulinan seorang mujahid.Ia adalah penapis yang paling tepat untuk melayakkan para mujahid terpilih sehingga ke akhir usia tetap kekal dalam perjuangan.Sesungguhnya ‘madrasah mehnah’ telah melahirkan ribuan mujahid di sepanjang jalan perjuangan yang tersangan panjang ini.Hampir-hampir dapat dikatakan bahawa medan teori tidak akan ada nilainya seandainya ia tidak di sertakan dengan ujian dan mehnah seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Bahkan keimanan itu sendiri memerlukan ujian untuk memastikan kedudukan di dalam jiwa seseorang itu adalah suatu yangberkualiti.Iman yang berkualiti terbukti apabila seorang masih tetap istiqamah dengan perjuangan sekalipun berhadapan dengan ujian dan mehnah.
Firman Allah SWT :

الم﴿1﴾احسب الناس ان يتركوا ءامنا وهم لا يفتنون﴿2﴾ولفد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين﴿3﴾

Maksudnya;
Alif,Laam,Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami berima”,sedangkan mereka tidak di uji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang_orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman,dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut : 1-3)

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH

Orang-orang yang memiliki kesempurnaan iman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul tanpa bercampur dengan keraguan terhadap dengan segala yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul yang diutuskan-Nya.Hati mereka tidak ada keraguan terhadap apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.Sifat mereka ialah seperti firman-NYA:

إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله ثم لم ير تا بوا وجهدوا بأمولهم وأنفسهم فى سبيل الله أولئك هم الصدقون﴿15﴾

Maksudnya;
Seseungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah danRasul-Nya, kemudian (mereka terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada Allah;mereka itulah orang-oramg yang benar(pengakuan imannya).(AL-Hujurat:15)

Sekalipun musuh-musuh Allah tetap berjuang dan berkerja keras siang dan malam untuk menghancurkan Islam, namun mereka tetap akan gagal, bahkan Islam yang akan menang.Firman Allah SWT:

يريددون إن يطفؤا نور الله بأفوههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكفرون﴿32﴾هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون﴿33﴾

Maksudnya;
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut-mulut mereka,sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-NYA,sekalipun orang-orang kafir tidak suka(akan yang demikian).Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya(Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar(Islam),untuk dimenangkan dan ditinggikan-Nya tas segala agama yang lain,walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.(At-Taubah;32-33)

SUSUN KEKUATAN

Untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan berjaya mencapai kemenangan,saf perjuangan hendaklah disusun kemas dan rapi.Sebarang bentuk perselisihan hendaklah dielakkan,ukhuwwah dan persaudaraan hendaklah dipertingkatkan kualitinya.Firman Allah SWT:

إن الله يحب الذين يقتلون فى سبيله صفا كأنهم بنين مرصوص﴿4﴾

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya,dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh(As-Saff:4)

Seandainya kita mahu melihat kemenangan Islam segera menjadi kenyataan, agenda utama dan penting dewasa ini ialah mengukuhkan saf perjuangan kita.Sekiranya kita mahu mendapat pilihan Allah menjadi generasi yang layak menikmati anugerah kemenangan itu,kita mesti menjadi batu-bata yang kuat seperti yang dikehendaki oleh Allah.Pengorbanan hendaklah ditingkatkan,dan persiapan diri dengan ciri-ciri generasi yang layak menerima anugerah kemenangan hendahlah dijana mulai saat ini.

GENERASI KEMENANGAN YANG DIPIMPINKAN

Generasi yang akan menikmati dan menerima anugerah keemenangan Islam adalah para amilin yang beriman dan bertaqwa,bersih zahir dan batinnya dari semua yang diharamkan Allah,dan sentiasa mengelakkan dirinya dari kemurkaan dan azab Allah.Berikut dibentangkan cirri-ciri generasi ‘jilin-nasr’ yang diimpikan, yang diambil dari sedutan AL-Quran dan hadis.Mereka ilah golongan yang;

1-Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2-Jihad dijalanAllah adalah program hidupnya
3-Mati Syahid adalah cita-cita hidupnya yang paling tinggi.
4-Sabar menghadapi ujian dari Allah
5- Ikhlas dalam beramal
6-Mendahului amalan akhirat dari amalan dunia
7-Sangat takut pada Allah dan siksaan-Nya
8-Selalu memohon ampun kepada Allah diatas dosa-dosa
9-Bersikap zuhud dengan dunia dan tidak panjang angan-angan duniawi
10-Solat malam dan sunat dah menjadi kebiasaanya
11-Kuat bertawakkal kepada Allah
12-Sentiasa mengingfakkan harta,tidak mengira masa senang atau susah
13-Berkasih sayang sesama mukmin dan bersikap memaafi manusia
14-Sentiasa menegakkan amar makruf dan nahi mungkar
15-Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan
16-Pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia
17-Kasih sayang kepada keluarga
18-Terlalu merendah diri
19-Sentiasa membimbing manusia kepada petunjuk
20-Tidak mengamalkan pembaziran
21-Terlalu lembut hati dan banyak menangis kerna Allah
22-Sanggip menasihati orang lain dan sanggup dinasihati orang lain
23-Terlalu cemburu tehadap perlanggaran syariat.

Inilah generasi yang diimpikan dan sedang ditunggu-tunggu kehadiran mereka oleh ummah dewasa ini.Pada merekalah digantungkan segala pengharapan agama,bangsa,tanahair dan alam sejagat ini.Sebagai petugas gerakan,marilah kita melayakkan diri generasi tersebut.Sekarang adalah proses ke arah memantapkan syaksyiyyah.Persiapan dan persediaan diri yang mantap amatlah diperlukan.Justeru,proses saringan dan penapisan yang disediakan oleh Allah sebagai sunnah-Nya sedang menanti dihadapan kita.Apabila Pra-syarat kemenangan sudah kita miliki,bilangan kita yang sedikit sudah tidak menjadi ukuran lagi pada Allah.Ketika itu kemenangan untuk perjuangan Islam akan menjadi kenyataan.Hal tersebut telah disebutkan oleh Allah,melalui pertarungan di antara al-Haq dan al-Bathil di dalam kisah Thalut dan Jalut.Firman Allah SWT:

فلما فصل طالوت بالجنود قال إن الله مبتليكم بنهر فمن شرب منه فليس منى ومن لم يطعمه فإنه منى إلا من اغترف غرفة بيد ه فشربوامنه إلا قليلا منهم فلما جاوزه هو والذين ءامنوا معه قالوا لاطاقة لنا اليوم بجالوت وجنوده قال الذين يظنون أنهم ملقوا الله كم من فئة قليلة غلبت فئة كثيرةبإذن الله والله مع الصبرين﴿249

Maksudnya:
Kemudian apabila talut keluar bersama-sama tenteranya,berkatalah ia: “Sesunggunhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai oleh itu sesiapa diantara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya”.(Sesudah diingatkan demikian)mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya),kecuali sebahagian kecil dari mereka.Setelah talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberengi sungai itu,berkatalah orang-orang yang minum(dengan sepuas-puasnya): “kami pada hari ini tidak terdaya menentang jalut dan tenteranya”.Berkata pula orang-oramg yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi),golongan yang sedikit Berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;dan Allah(sentiasa)bersama-sama orang-orang yang sabar”.

PENUTUP

Diambang kemenangan, golongan beriman mempertingkatkan keimanan kepada Allah,sementara golongan yang zalim akan mempertingkatkan pula kezaliman mereka.Pada saat itu,masing-masing akan sampai kepada kemuncaknya.Dan pada ketika itulah Allah akan memberikan kemenangan kepada golongan Islam.Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!